Pages

Tuesday, August 13, 2013

Latihan Industri Tergendala Satu Semester



Assalamualaikum wbt.



Sebok dari mula-mula masuk sehingga semester terakhir. Entah la sebok kebenda aku sendiri pun tak tahu. Kalau diikutkan bulan Julai sehingga November 2013, aku sudah mula menjalani latihan industri ( Praktikum ) tapi mungkin bukan rezeki aku. Terpaksa rela hati jiwa raga minta tunda dari pihak universiti ( CUIC ; Cerewet sangat ai ). 


Adalah sebab munasabab kesan akibat impak maksima kenapa aku sendiri minta tanggoh. Kalau kawan tanya...

Hang praktikum dekat mana sekarang? Dengan selamba badak aku jawap, aku postphone praktikum bulan Feb tahun 2014 baru aku mula menjalani praktikum. 
Pastu ada pulak suara sumbang tanya. Pasai apa hang postphone? Banyak tanya betollah depa ne. Suka hati akulah nak postphone ke tak. Takdak siapa kesah pun !


Hampa nak tau ka sebab apa aku postphone praktikum? 





 Senyum saja kerja aku. Mata pandang kot lain. Kamera depan mata segan pulak nak pandang ( sesi interview ). Konon retis UUM lah sangat.




Nak baca mengenai cerita retis di atas, sila bukak student mail bagi pelajar Universiti Utara Malaysia. Semua persoalan akan terjawap dekat situ. Bukan pelajar Univ Utara Malaysia don't worry nanti aku cerita benda ne kalau aku rajinlah. 

SME - University Internship Program 2013 nama program yang aku join dan salah satu punca terbesar sebab apa aku postphone praktikum. Gambar ala-ala mamat tersengeh macam kerang busuk tu diambil masa kami satu kumpulan di interview oleh pelajar IKBN dari Selangor dan UiTM Merbok dari Kedah. 

Management Global Consultant nama kumpulan yang kami pertaruhkan. Program ne lebih kurang membantu para peniaga dalam kelompok Industri Kecil Sederhana dekat Malaysia bagi memperbesarkan lagi perniagaan depa. Kami kira consultant 3 month je pon. Kalau kami berjaya, kami akan bertanding ke peringkat Kebangsaan kot. Wowww, 50K tawaran geran perniagaan kepada sesiapa yang menang.. Aku nak niaga apa ye? Huhu :3 


As a Junior Consultant kepada Chantiq Manees TradingPengeluar produk mandian herba dan set ibu bersalin, kau mampu pelajar lelaki yang dianggotai lima orang pelajar dok memberi nasihat. Selamatlah tuan punya syarikat sempoi kalau tak susah kerja kami. Kadang-kadang susah nak berurusan dengan wanita-wanita tambah-tambah melibatkan produk sulit kaum depa-depa ja. Malu kot nak bagitau. Choi !


Sebelum ne pensyarah suruh kami tukar syarikat sebab tidak sesuai katanya. Yelahkan, mampo ke pelajar lelaki uruskan syarikat yang menjual produk mandian herba dan set ibu bersalin bagai ne. Ada ke lelaki bersalin? Kami terima je. Ada kami kesah !


Sifat usahawan itu berani menanggong risiko katanya. 


Diberi 3 month untuk perbaiki segala mak nenek tentang syarikat tu. Tak kesah dari segi pemasaran, sumber manusia, kewangan, operasai dan pengeluaran mahupun pertadbiran. Aku dapat job mengenai Human Resource. Kerja Human Resource department apa ya? Entah aku sendiri pon sudah lupa. Belajar pasai perniagaan hampir 3 tahun cakap pasai HRM terus lupa. Semester berapa tah aku ambik paper HRM ne. Yang pasti mengenai kebajikan dan keselamatan pekerja, rekrut Nepal rekrut Bangla rekrut Indonesia etc. Pandai-pandailah hidup.Haha :)


SME - University Internship Program 2013 punca utama aku postphone praktikum tapi tak kesah yang penting aku tetap konvo sama dengan budak-budak yang tengah praktikum sekarang. Bezanya depa praktikum dulu je. Aku join benda ne pon sebab nak cari pengalaman tambah-tambah join benda ne ada elaun. LOL :P


Dah taukan sebab apa aku postphone praktikum? Huhu :3



Publish !




0 orang melatah:

SINI BACA LAGI