Pages

Monday, October 1, 2012

Siapa Tahu Apa Maksudnya Itu



Assalamualaikum dan salam sejahtera



Manusia di zaman sekarang hanya berpendapat mimpi hanya-lah mainan syaitan. Eh, betol ke? Namun ketika zaman Nabi Yusuf ( Salah tolong betolkan ) mimpi bukan sekadar mainan syaitan tetapi sebagai petanda daripada Allah kepada hambanya dengan izin-Nya. Seperti mana Raja di zaman Nabi Yusuf bermimpi mengenai kemarau panjang selama tujuh tahun yang bakal melanda ketika zamannya ketika itu. Tuntasnya, boleh-lah kita tafsirkan bahawa mimpi bukan sekadar mainan syaitan tetapi mimpi juga membawa kepada peristiwa yang bakal kita tempoh/terjadi.


Sebelum tidor basuh kaki dan baca doa tidor. Alhamdulillah sekarang aku dah mula dengan membaca doa tidor takkala hendak tidor. Sebelum kejadian berlaku aku sering bermimpi benda yang seram-seram. Kita sedia maklum, benda yang seram-seram tu sudah tentunya mimpi hantu, jembalang, pocong dan sewaktu dengannya. Kekadang aku rasa seronok jugak dapat mimpi seram ne. Bila terjaga dari tidor sudah tentunya mata tak boleh nak pejam. Namun bagi aku, pabila bermimpikan cerita seram cepat-cepat aku tidor balik. Konon-konon nak sambong balik mimpi tu. Kecewa jugak aku dapat kerana mimpi seram sudah hilang dari benakku ini. Eh, tengah karang karangan bahasa melayu SPM ka? 

Itu semua mainan syaitan.

Namun ketika kita sedang menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak dahulu, aku dikejutkan dengan sebuah mimpi yang belum pernah ku alami sebelum ini, tambah-tambah ketika bulan Ramadhan Al-Mubarak."Seorang ustaz telah membetulkan solatku takkala aku sedang solat subuh ketika itu". Pelik betol dengan mimpi yang aku alami tu. Dengan tiba-tiba ustaz datang dan tegor pasal solatku. Ya Allah petanda apakah ini?


Masih tercari-cari lagi jawapan untuk itu......

0 orang melatah:

SINI BACA LAGI