Pages

Wednesday, September 26, 2012

Dapat Kad Diskaun Siswa 1 Malaysia


Assalamualaikum dan salam sejahtera



Merujuk pada tajuk di atas. Hampa semua tau ke apa bendanya Kad Diskaun Siswa 1 Malaysia tu? Sila la kelik dan rujuk entri lepas mengenai Kad Diskaun Siswa 1 Malaysia. 


25 September 2012 hari pemilihan ataupon hari mengundi Majlis Pewakilan Pelajar Sesi 2012/2013 bagi mahasiswa-mahasiswi Universiti Utara Malaysia. Masya-Allah nak mengundi pun perlu beratur panjang. Al-maklumlah pilihan raya kampus. Rasa-rasa aku la Universiti Pendidikan Sultan Idris dan Universiti Sains Malaysia turut mengadakan hari mengudi jugak. Kekawan di muka buku asyik post pasal mengundi-mengundi bagai je. Sebut pasal mengundi memang aku tak suka. Mengundi Majlis Pewakilan Pelajar pun sudah tak suka inikan pula mengundi untuk pilihan parti politik. 

Eh, kau undi siapa ye tadi? Tetiba sahaja kawan bertanya. Cek bedah oi perlu ke tanya aku undi siapa? UNDI SAYA ADALAH RAHSIA. Senggal tak jawapan aku tu. Berbulu je dengar jawapan aku tu. Terasa nak sepak laju-laju tak? Hehehe....


25 September 2012 jugak Universiti Utara Malaysia mengedarkan Kad Diskaun Siswa 1 Malaysia dekat pelajar-pelajar tahun akhir. Memandangkan aku ne tahun awal terasa gedik-gedik la jugak nak pergi ambil. Pergi pejabat dewan penginapan kerani tak tahu apa-apa pon pasal kad diskaun tu. Sangat sentap. Akhirnya mengambil keputusan untuk pergi naik kereta junior datang ke bangunan hal ehwal pelajar ( HEP ) untuk ambil kad diskaun tu. Untung sangat naik kereta, sampai-sampai bangunan HEP terus je awan nangis. Alhamdulillah selamat baju aku tak jemur kalau tidak. Hampa pikirlah sendiri. Hahaha......


Terima Kasih Kerajaan Malaysia.
I love you....


*Sila abaikan nama dan no matrik sebab benda tu tak penting pon. 
Tu je kot nak cerita pasal Kad Diskaun Siswa 1 Malaysia.


Terima kasih kerana membaca.....

1 orang melatah:

Mrs Velentine said...

untunglah dpt..tp kat Sabah hanya 2 kedai jer ble guna kad ni

SINI BACA LAGI