Pages

Friday, August 10, 2012

Rezeki Di bulan Ramadhan

Assalamualaikum dan salam sejahtera







Untung ayam nampak di kaki, Untung aku siapa yang tahu. Permulaan yang buruk dan pengakhiran yang baik. Hari Jumaat di Bulan Ramadhan yang mulia, bagaikan duit jatuh dari langit. Alhamdulillah, rezeki adik dapat RM900++. Hasil daripada membajak di bendang orang. Adik yang berkerja, abang yang dapat habuannya. Alangkah bahagia hidopku kalau macam ne. Goyang kaki di rumah duit-duit-duit masok dalam poket seluar. Hahaha .........



Di tambah dengan RM50 di-sama-dengan-kan RM70. 
Syulur Alhamdulillah dengan izin Allah dapat jugak aku RM70 tanpa mengeluarkan sesikat tenaga. Sesikat tenaga? Pon bolehlah. Hahaha............



Membajak di bendang orang kampung tak sampai sebulan sudah mampu mencecah satu ribu hinggit. Aku pon nak kalau macam tu. Tapi mampukah aku nak membajak di bendang? Hampa tolong jawapkan bagi pihak aku ye. Seronok je dapat duit sampai senyum pon sampai ke telinga. Boleh-lah shopping campus esok. Pelik tak? Orang shopping raya aku shopping campus. Al-maklumlah kuliah dah nak dekat. Shopping raya nak buat apa? Baju raya? Malas nak beli, lagipon bukan aku nak pakai pon baju raya. Memandangkan muka aku tak macam adik beradik yang lain persis seperti orang cina sudah semestinya tidak memerlukan baju raya. Pakai baju apa pon takpe lah. Sudah tak kesah sambil goyangkan kepala dengar lagu kosong najwa latiff. Aku tak kesah tapi mak aku kesah pulak.. Choi 


Sebelum aku merapu lebih banyak lebih baik aku ke dapur buat biskut raya, goreng nasik, goreng apa yang ada untuk berbuka puasa. Baik-lah, sekian sahaja dari dunia sesawangku. Selamat berpuasa dan selamat berbuka. Arigatoo sayoonara......

3 orang melatah:

anif abdullah| AA said...

nak membajak? kerlass

bagus lah. boleh shopping untuk raya nnt peyan.huhu

twinscraftlife said...

Hi! 안녕하세요~~! please do visit our blog! we sell
purely handmade products such as pouch,
earrings, cards, hp strap, cute items!
쇼핑하시면 더 감사합니다~~^^
http://twinscraftlife.blogspot.com

http://thesoaplicious.blogspot.com

sha my heart said...

pergh, kaya2.. Baik adik peyan. Kak sha nk jd kakaknya jgk la. Hahaha.
Membajak guna apa ya? Traktor ke? Klu mampu, buat je la.
Pergh, rajinnya peyan tlg msak

SINI BACA LAGI