Pages

Sunday, June 3, 2012

Terjatuh Cinta Padamu.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.



Dulu saya sangat-sangat membenci mu tapi..............



Setelah melihat wajah ayu mu, saya telah jatuh cinta. Wah, ayat kemain lagi. Saya nak ngorat awak boleh? BOLEH la... BOLEH la... HAHAHA ;)









Comelkan macam saya.
*sila baca lagi kalau rasa saya comel jika dibandingkan dengan budak yang ada dekat dalam gambar ne.
15332 orang yang like kata saya comel. HAHAHA..
Hakikatnya budak ini comel lagi dibandingkan dengan saya. Ala, comel sikit je daripada saya ;p  




Eh, tak malu betol la mengaku diri comel. Weekkk.. *muntah dua hari berturut-turut !



Yela kalau sudah tidak ada manusia di bumi ini mengaku dan menyatakan bahawasanya sayalah manusia di abad ini yang paling comel dan paling mantap. Terpaksa rela jugak lah hatiku ini menyatakan yang paling comel adalah saya sendiri. PALING okey !


Dulu saya sangat benci awak. Kenapa saya benci awak ye. Saya benci apa? Siapa, Dimana, Kenapa, Bagaimana? Soalan ini pasti akan melayang-layang di kepala otak anda semua KAN.. KAN..... Siapa saya benci? Kenapa saya benci? Bagaimana saya benci? APAKAH semua soalan itu? Anda akan bertemu jawapan itu di sini. Tekan je perkataan yang sini yang berwarna merah tu.

Serius, walaupon datang ke kelas setiap kali namun hatiku tiada di dalam kelas itu yang hanya tertinggal jasad tanpa bernyawa. Jiwa entah melayang ke mana. YELA kalau masuk pon sudah tidak ada guna. Bukan faham pun takkala pensyarah mengajar. *faham la sikit-sikit. Peperiksaan akhir tahun sudah menjelma di depan mata. Namun apa yang mampu aku lakukan? Berdiam sahaja? Goyang kaki sambil layan TV. Oh know ! Itu bukan caraku.. 

Pabila malam menjelma tibalah saya dengan buku yang bertajuk " Principles of managerial Finance" agak susah jugak namanya untuk disebut. OH MY ENGLISH ! Ttibe je terkeluar benda alah ne. *Apa pon tak boleh. Susah senang kita bersama, itulah yang dilafaskan oleh sahabatku merangkap kawan rapat sebidang seuniversiti namun lain mak bapak. Pon boleh......

Dipendekkan cerita boleh pulak saya yang pandai*konon dalam MATH ne tersalah baca buku. Buku yang saya beli dengan kupon 1 MALAYSIA *ada 1 keping $$50 lagi. Rugi tak bagi habis kupon tu sebok punya pasal.. HUHUHU... TERSALAH BACA.. Saya ulang suara TERSALAH BACA. Boleh la pulak terbaca bab a.k.a chapter yang tak mungkin masok periksa. Ya Allah, lalai punya pasal. Semua ini salah Facebook. Ya salah facebook semata-mata.. Kalau ikutkan hampir 100 muka surat telah berjaya ku baca namun apakan daya tenaga yang ku simpan terbuang begitu sahaja. Dua hari ku lamar menjadi sia-sia sahaja. Sudah jatuh ditimpa kayu balak *perlibahasa. Melakukan kerja sia-sia sahaja. Tiada tempat untuk ku mengadu kecuali di sejadah yang tercinta. Ya, Allah kuatkanlah hatiku ini... 


Ku pikir hujan permata rupa-rupanya hujan embun yang diliputi emas intan permata Allah sediakan dan berikan untuk saya. Alhamdulillah, kerana Allah telah menurunkan seorang hamba yang pandai ilmu hisab. Ku sangka gagal rupa-rupanya aku berjaya. Terima kasih wahai sahabat kerana engkau aku telah berjaya melalui bab-bab dalam buku text yang sangat- sangat dan tersangat sukar itu. Sukar bagi saya kerana saya BENCIKAN MATH. 

Namun kini pabila sudah berjaya dan berjaya mendapatkan formula dan rumus yang begitu mudah, saya telah JATUH CINTA pada namanya MATH itu. Ya Allah dari tidak suka terus jatuh cinta terhadap Ilmu Hisab. Ya Aku cinta namanya Ilmu Hisap itu. *Math, Benda yang kira-kira sama la dengan Ilmu hisab.


Biarlah gambar ini berkata-kata. Hanya ini yang inginku sampaikan kepada kalian semua.


Cintalah sesuatu dengan setulus ikhlas, Insya-Allah akan dibalas cinta kalian itu dengan seindah syurga.

Kenal dulu baru bercinta kerana perkenalan itulah menimbulkan bibit-bibit cinta yang suci.
-sanstaro-

0 orang melatah:

SINI BACA LAGI