Pages

Wednesday, June 6, 2012

Senda Rabu Berwarna Kuning.



Assalamualaikum dan salam sejahtera.






Seronok ke menyertai benda alah ne?
Kekawan aku dari kampong sanggup pergi sana semata-mata hendak menyertai benda alah ne !
Tak buang duit ke? Ke memang korang dapat duit?

*Itu aku tidak tahu yang penting perhimpunan bersih banyak merosakkan harta dan merugikan negara sendiri.  Duit kerajaan banyak terbuang gara-gara hendak memperbaiki benda-benda yang rosak gara-gara diperlakukan oleh golongan-golongan yang tidak bertanggungjawab.










Kekawan jom subuh di masjid?
Compom korang tak nak ikut. Yedak?
Tidor itu lebih baikkan? *pandai-pandailah korang menilai sendiri




Yap, aku sebagai mahasiswa tidak dibenarkan untuk berpolitik. Tapi bila kena belajar bab-bab politik memang aku benci. Serius aku tidak suka berpolitik, tapi setelah berjinak-jinak dalam pelajaran tersebut aku tertarik dengan namanya politik ini. Sungguh kejam, ramai manusia yang inginkan mengekalkan kekuasaan sanggup melakukan kuropsi. Sebab  hendak mengekalkan jawatan tersebut. FULL STOP !


Satu lagi situasi yang benar-benar aku nampak dengan kampong aku sendiri. Pelik bebenor aku dengan budak-budak remaja kampong aku. Sangat TAKSUP dengan namanya politik ini. Sebagai contoh, bendera Timbang yang di pacak di tepi jalan akan dihina sekeras-kerasnya. Sedangkan bendera Bulan akan disanjung berlebih-lebihan. Kononnya kalau bendera Timbang tidak nampak jalan kalau berjalan malam manakala bendera Bulan akan menerangi jalan takkala malam *Bodoh gila teori itu


Boleh ke bendera bulan menerangi setiap jalan yang gelap?
Koranglah yang nilai sendiri. HAHA ;p



Okey fine, saudara a.k.a kawan aku sendiri keluar dari kumpulan kampong aku yang ditubuhkan di "facebook" sebab? Tak tahu la pasal apa... Yang pastinya bila dia ada dekat kumpulan tu, dia asyik menyalahkan orang-orang yang sokong Timbang tu. Orang Timbang tu rasuahlah, kotorlah dan lain-lain. Pelik jugak aku. Ada jugak orang macam ne? Nak je aku tanya orang yang sokong Bulan tu takde rasuah ke? Semua suci bersih murni ke? Tapi bila aku 'comment' nanti ada la yang jawap. Eh, peyan aku tau la kau tu pandai falsafah itu, inilah. Pelik bebenor aku !


Aku rasa tak semua orang yang sokong Timbang tu mengamalkan rasuah. Betol tak? Sama jugak orang yang sokong Bulan. Tak semua bersih, suci dan murni sebab kita adalah manusia yang sering melakukan kesalahan. Ada ke sekarang manusia yang tidak pernah melakukan kesalahan. PENIPU kalau ada dekat bumi ne manusia jenis macam ne wujud.. Serius setiap manusia mesti akan melakukan kesalahan tambah-tambah zaman sekarang. Tak kesah la kesalahan kecik atau besar yang penting kesalahan kan. *Contohnya korang pijak semut merah yang kecik tu sampai semut tu mati ditempat kejadian.. KESALAHAN tau !



Bila dia keluar dari kumpulan tersebut dia menyertai kumpulan lain pulak. Yang paling best and bom bastik tu dia boleh pulak jadi admin sebijik kumpulan dekat facebook. OOoo, jadinya ku pon intiplah dia. Sah-sah lagi terang lagi bersuluh, masih jugak dok mengutuk orang-orang yang mengundi Timbang ne. Pelik betol la aku. Ke dia ne nak jadi Perdana Menteri kita. Wah, Kak Jenap kelasss kau nak jadi Perdana Menteri. Oh aku tidak mampu sebab aku seorang mahasiswa yang tidak dibenarkan berpolitik !


Ya aku mengaku umurku sudah layak untuk mengundi *Dah layak ke mengundi aku ne? Jadinya ku mengambil keputusan untuk tidak mendaftar sebagai pengundi sebab aku malas nak berpolitik. Tak pasal-pasal nanti aku dibuang universiti ditambah serabut dengan belajar dan politik. Mati la aku. DAMN *Manusia yang dok melalak sana sini tu tak cukup umur pon lagi nak mengundi. Kecoh sana sini. Mengalahkan penganjur bersih pulak aku tengok. Penganjur bersih duduk rehat goyang kaki je diorang pulak yang dok meroyan lebih-lebih.



Fikir-fikirkan lah apa yang aku ingin katakan ini. 
-::: Berfikir menggunakan otak dan akal fikiran bukannya berfikir menggunakan otak dan nafsu :::-
-sanstaro-


Pelik jugak aku entri kali ini. Semua nak warna KUNING a.k.a YELLOW !

Dik kalau nak berpolitik jangan mengutuk sana sini ye. Tak elok !
berpolitiklah secara sihat disamping itu berpolitiklah ketika umur sudah cukup.

Jom pergi menunaikan solat subuh berjemaah di masjid bersama-sama. Salam subuh dariku dan semoga berjaya kepada semua pelajar Universiti Utara Malaysia yang sedang berjuang dalam peperiksaan akhir tahuin ;)

0 orang melatah:

SINI BACA LAGI