Pages

Monday, June 25, 2012

Semua Itik Tak Mampu Kecuali Dia !

Assalamualaikum dan salam sejahtera


Itik apa yang mampu tu? Sila jangan berhenti membaca ye !


Ala itik air dekat rumah Mak Jenap tu pon banyaklah.. Lebih kurang macam ne jugak !


MAAF ini bukan itik air dekat rumah mak Jenap tu..



Itik Belibis atau Lesser Whistling Duck atau Indian Whistling Duck ialah sejenis itik bersiul kecil yang banyak terdapat di Asia. Burung ini membiak di India dan Asia Tenggara. Burung ini tidak banyak berhijrah, kecuali yang di China yang diketahui menghabiskan musim sejuk lebih jauh di selatan. Nama saintifiknya ialah Dendrocygna javanica.

Itik Belibis mempunyai kepala, paruh, dan kaki yang panjang. Warna paruhnya kelabu manakala kepala, leher dan bahagian bawahnya kuning pucat dengan warna jambul yang lebih tua. Sayap dan bahagian belakangnya kelabu tua dengan tompok perang berangan pada sayap dan ekornya.

Itik Belibis adalah spesies yang berkelompok. Ia bersarang di lubang pokok serta sarang lama burung yang lain atau di pelantar ranting dekat tanah dan mengeluarkan sebanyak 6-12 biji telur. Habitatnya di tasik air tawar yang mempunyai banyak tumbuhan. Itik ini makan biji dan tumbuh-tumbuhan yang lain.

Bukan Itik Air tapi Belibis okey. Nak di-cerita-kan itik jenis ini suka terbang ke sana-kemari mencari apa aku pon tak tahulah. Tak macam itik lain. Terbang sekejap pastu mendarat. Mak Jenap oooi, itik ne kalau dia terbang. Tak tercapai akalmu tau... Sila-lah percaya..


Dah macam burung aku tengok !
Itik lain mampu terbang cam ne? Tak Mampu kan !



Pestime aku tengok Itik Belibis terbang semasa aku di beranda rumahku berbaring-baring melihat keindahan Ilahi. Telingaku tertangkap bunyi yang aneh terbang dari batas ke belakang rumah. Aku tanya mak aku yang dok sebok membasuh ikan dekat telaga. Mak aku bagitau itik belibis yang terbang tu. Ku pikir mak ku menipu jadinya aku tidak percaya. Kalau ikutkan logik akal mampu ke itik nak terbang melintasi bumbung rumah aku tu? Eh, kalau bumbung rumah aku tu rendah macam pondok Mak Kiah jiran nenek aku tu okey la. Ne tinggi mencapai langit kot. Hiperbola sangat .. Dengan bengisnya aku pergi mencari natang apa yang terbang tadi. Bawak-lah kayu bersama, mana nak tau kot-kot-lah alien dari planet ploto ke.. Hehe Rupa-rupa itik hampeh tol !


Terperanjat berok aku. Selamat tak bertukar berok masa tu. Pandai pulak natang ne terbang. Ayam dekat rumah aku tu pon kalah. Aku tanya mak pasal apa tak nak kurung. Nanti tak pasal-pasal itik ne cabut larik. Mak aku buat bodo je... Ala, mak aku yang bela natang tu tau la mak aku nak buat macam mana. Okey lah itu kerja mak aku sila buat-buat tak tau sudah !


Sarang dan telor itik tu macam mana ye?




Lebih kurang macam ne agaknya.


Maaf la ye, kalau dekat rumah aku tu itik belibis tu hanya ada sekor je. Tu pon betina, si jantan tak dak. Tapi pelik itik tu boleh bertelor pulak. Mungkin sebab dok bergaul-gaul dengan ayam jantan kot. Hanya Allah SWT yang tahu rahsia itu. Pelik jugak masa aku jumpa sarang itik ne. Rasanya sudah hampir dua minggu tak nampak natang ne. Pelik aku rasa, tanya mak, mak pon dah lama tak nampak. Larik kot. Aku pon dok usha-usha la dekat bawah pokok jambu batu yang agak semak lagi samun. Bergerak-gerak pulak rumput tu. Tengok-tengok dekat situ dia duduk. Pelik dia asyik duduk je tak nak bangun. Jadinya apa lagi. Carik la kayu panjang jolak dekat bawah badan dia. Mengeram rupanya patut la asik dok patok batang kayu tu je. Wooo, banyaknya telor dia. Yahooooo....


Kepelikkan aku bertambah-tambah sebab telor itik tu tak macam itik biasa. Kalau itik biasa telornya besar tapi kenapa itik belibis aku ne kecik-kecik pastu bulat pulak tu. Comel pon ada jugak aku tengok. Serius, terpegun seketika. Dalam fikiranku mungkin sebab berhubungan dengan ayam kot. Arr, what everlah. Yang penting itik ku sudah bertelor. Malang seribu kali sayang. Itik tu tak macam itik lain. DASAR PEMALAS. Dia tak mengeram sampai menetas pon telor tu. Itik tu p biaq cam tu ja. Tapi bijak aku tengok itik jenis ne, sebab bila dia nak tinggalkan tempat bertelor tu dia kan lindungi telor dia. Macam penyu jugaklah. Rasanya telur dia macam penyu kot.. Ke hanya Belibis dekat rumah aku je kot !


Dekat sini aku perasan itik jenis ne tak banyak kaler. Spesis ne hanya ada satu kaler je. Koko je kaler dia. Tak macam itik lain putih, hitam, pink, ungu, macam-macamlah. Satu lagi keistimewaanya itik jenis ne suka terbang dan suka menganas bila orang dok kacau dia. Lebih mementingkan kumpulannya. Dia tak suka bercampor dengan itik-itik yang lain. Walaupon dah bagi, itik dekat rumah aku ne buat-buat bodo je dekat itik jantan jiran aku tu. Pandang sebelah mata je. Demand okey ! 


Kalau hampa berminat nak membela natang ne silalah kepasaraya-pasaraya terdekat untuk membelinya. Anda pasti akan berpuas hati. Err, ada ke pasaraya jual itik ne? Luorang pikirlah sendiri ye !

Mesti seronok-kan dapat terbang !
Mungkinkan aku boleh terbang suatu hari nanti?
Nantikan entri yang akan datang.....
Tunggu.............


Sumber : 

Gambar makcik google
Info dari Wikipedia.Org

3 orang melatah:

anif abdullah| AA said...

ouh itik yang ini ke? aku ingat itik dekat sebelah umah munah tadi.heee..

info yang baik :O

man said...

la itik rupanya ingak kan duck tadi :P

Ayam Sabung Nilai said...

saya ade membela 3 ekor itik belibis ni....sekarang ia sudah matang dan mencapai usia 6 bulan..tapi setakat ini belum bertelur lagi mungkin sebab berkurung dalam reban. dikalangan 3 ekor tu saya tak pasti ade jantan ke tak?....saya berharap suatu hari nanti ia kan bertelur dan menetaskan telurnya..

SINI BACA LAGI