Pages

Monday, June 18, 2012

Selamat Ulang Tahun Kelahiran Kepada Pemilik DUNIA sesawangku.



Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Automatic publish, Maaf terpaksa jugak buat cara macam ne senang sikit kerja aku. Buat entri banyak-banyak dalam masa satu hari, lepas tu pilih tarikh untuk di-post-kan. Terbaikkan. Mudah, Cepat  dan Pantas. Tengok orang la. Semasa entri ini di-publish mungkin... Eh, bukan mungkin tapi memang sudah semestinya aku tidak ada di hadapan lappy compaq kesayangan ku ini. Tengah dok ambik peksa kertas Business Report Writing. Hehehehehe ;)


Alhamdulillah ku panjatkan kesyukuran tanda bersyukur kepada Yang Maha Berkuasa kerana sudi melanjutkan umurku. Namun tidakkah kita tahu kenapa Allah SWT memanjangkan umur kita?



Peganglah kata-kata ini....





Apa-apa pon selamat hari lahir ku ucapkan kepada En. DUNIA sesawangku a.k.a Peyansanstaro dan pemilik sebenar yang diberi nama MOHD SUFFIYAN BIN SATAR. Semoga diriku disayangi oleh hampa-hampa semua. Okey yang baca entri ni wajib bagi hadiah.... Siapa suruh hampa baca..


Tak kira nak hadiah jugak.. Aku tunggu ne.


Kalau berminat nak bagi sila hantarkan ke alamat :

7E 312 Dewan Penginapan Pelajar Telekom Malaysia,
Universiti Utara Malaysia,
No poskod aku tak tahu, 
Kedah Darul Aman.

Aku tunggu tau... Bertuah la nak bagi hadiah dekat aku...


Kepada yang nak hantar doa dan ucapan selamat hari lahir kepada aku sila postkan di alamat :

Tempat : Tengah-tengah kain sejadah
Masa : Zohor, Asar, Maghrib dan Isyak *subuh tak mungkin kot sebab aku post pon lambat.


Doakan semoga aku lulus dengan cemerlang peksa yang aku tengah jalani untuk semester kali ini ye. Mengharap semoga doa kalian diperkenankan oleh Yang Maha Kuasa.



Penat sangat dengan peksa akhir tahun untuk kali ini. Jadual peksa pon agak-agak seksa. Kurang jarak untuk belajar. 

05 June 2012 : Pengurusan Kewangan II
09 June 2012 : Pengurusan Sumber Manusia
16 June 2012 : Business and Professional Communication
Hari Ini : Business Report Writing
19 June 2012 : Penghantar Statistik
21 June 2012 : Keusahawanan
27 June 2012 : Perniagaan Antarabangsa 
 

Parahkan? Semester ini tak tau nak kata apa.. Doakan aku ye kekawan. Ingin mengekalkan pointer level 3. Dapat second class upper pon jadiklah.. Tak mintak banyak pon. Kalau nak dapat First class bermimpi di tengah hari la jawapnya.. Hellllooo, Orang kata Kalau mimpi biar sampai ke bintang. Bagi aku itu semua tak seronok sebab aku lebih suka Kalau mimpi biar sampai ke syurga. Aman hidopku ini.


Aku tak tau nak karang apa dah. Hampa tengokkan jadual peksa aku untuk sem ne. Tambah-tambah aku sekarang tengah peksa. Doa-doakan lah ye, semoga aku lulus dengan cemerlang dan mampu untuk memperoleh DEAN LIST. Walaupon satu semester. Nak jugak merasa kan. 


Sebelum aku mengundurkan diri silalah dengar pantunku ini..


Jalan-jalan bersama mak Engku,
Sambil berjalan tersepak batu,
Hatiku riang mengingatkan kamu,
Doa kalian perlu bagi ku.

  Pantun ke macam tu?


Apa-apa pon ku ucapkan beribu terima kasih kepada anda semua. Maaf kalau entri kali ini menyebabkan kalian semua menangis kerana teringatkan aku. Arigatoo gosaimasu, sayoonara...........

4 orang melatah:

nohasyida safie said...

Amin. moga berjaya peyan :)

shida'R said...

HB peyan..dah wish dah kat FB hehe :)

Peyan Sanstaro said...

@shida'R

Arigatoo gozaimasu kak shida...
Dah tau... Good luck tok GA ya :)

Peyan Sanstaro said...

@nohasyida safie

Arigatoo gozaimasu ya makcik..

SINI BACA LAGI