Pages

Friday, June 1, 2012

Aku Bukan Hamba Mereka.


Assalamualaikum dan salam sejahtera.



Macam mana nak mulakan ayat ye? Serius, aku sudah tidak bisa bermadah pujangga. But why? Tidak tahu macam mana hendak mulakan ayat ini. Ya Allah, apa kena dengan aku ne. Okey, full stop. I say full stop. So full stop read my hand writing. Boleh ke macam itu. Wei, sangat baku perkataan kamu itu. DAMN !


I don't know what happened. Dah makan ubat? Dah jumpa doktor sakit puan. Eh, tuanlah. Apa kejadahnya aku merepek ne. Hei, can you stop read my essay now? Tunggu jap ye nak loading otak yang mereng gara-gara dibuli oleh budak-budak kumpulan samseng jalan universiti dulu.


Setelah 290 jam berlalu * nampak sangat menipu dari lubuk hati syaitanmu



Semenjak dua menjak dulu-dulu berkala. Aku asyik dibuli oleh ahli-ahli tugasan kumpulan. Tapi kenapa? Ya, aku manusia paling lemah dan paling hina di universiti utara malaysia. Sekurang-kurangnya dapatlah jugak aku masuk universiti jika dibandingkan dengan kau wahai minah / mamat bohsia. * Can you see that? Pabila syaitan mula bersarang dalam kepala otakku ini, mulalah nak salahkan orang sana sini. Kenapa? Siapa? Bagaimana? Apakah? Pelikkan suara-suara itu. 


Maaf kalau-kalau ayat berwarna merah itu menyebabkan hati anda, wahai pembaca tergugat dan terhiris bak hempedu ayam mas. Maaf sekali lagi ye. Langsong tiada bererti entri kali ini. Kenyatannya di sini "aku manusia lemah yang sering dibuli oleh gengster-gengster universiti. Full stop. Get it what i'm mean? For sure anda semua tidak faham apa yang aku maksudkan, kan, kan ! *sorry la ye sebab nenek aku pon tak faham apa yang aku tulis ni. 


Ya Allah, mereka hanya menjadikan aku sebagai hamba abdi sahaja. Jadinya apakah nasibku selepas ini. Apa gunanya aku bersama-sama memberi nama kepada pensyarah untuk tugasan kumpulan itu. Oh ya. TUGASAN KUMPULAN. Apabila tugasan kumpulan diberi nama maka dengan ini beta mengistiharkan bahawa tugasan kali ini akan dilaksanakan dengan semangat kumpulan. 


Oh ya. Semangat kumpulan diberi nama ye. Apa kejadahnya kalau tugasan kumpulan diberi nama  namun akhirnya tugasan hanya seorang yang melaksanakannya "ibarat kapal layar yang dikemudikan oleh seorang pendayung.*Macam ini ke? Pon bolehlah. What do i care ! You tak care. I lagilah tak care. So sama-sama tak kesah. Setuju tak? *Maaf ye. Jadinya siapa nak siapkan tugasan kali ini kalau dah semua tak nak care. Oh ya, aku kesah sebenarnya. Untuk pengetahuan anda semua, benda tu penting untuk aku selaku seorang pelajar. Maka dengan ini beta sudah mengistiharkan bahawasanya beta telah murka, semurka-murkanya. Haha *Perasaan hasad dengki dan semua sifat syaitan telah kembali menghantui diriku ini.



Aku sendiri takut kenapa diriku berubah seratus persen cintaku ini. Sanggup menghina kawan, eh bukan kawan tapi pengkhianat nusa dan bangsa yang mampu melemahkan keputusan peperiksaan semester kali ini. Oh ya, kerana mereka jugalah aku sendiri tidak dapat tidur malam sampai sekarang dan kerana mereka jugalah aku tidak dapat belajar dengan penuh tekun dan kerana mereka jugalah aku terperangkap dalam dunia yang dicipta oleh kami sendiri. Ya Allah, kuatkanlah jiwa ragaku ini untuk terus bertahan menghabiskan tugasan kumpulan yang tidak sesedap namanya ini. 


Aku suka mendengar jika TUGASAN KUMPULAN ini di beri nama TUGASAN PERSEORANGAN. Namun apakah daya, kudratku hanyalah untuk berbakti kepada kumpulan yang tidak sesedap namanya. Oh ya, mereka pengkhianat bangsa dan negara. Maka dengan kuasa yang dimiliki oleh beta sekarang, beta ingin melancarkan perang habis-habisan. Bila semua ini akan tamat. Tunggu sehingga pensyarah menyuruh meng'submit'kan tugasan kumpulan yang tidak sesedap namanya itu. Full stop*Kini masanya telah tiba dan aku akan bertukar menjadi si buruk rupa. Hahaha.


Jadi dengarlah luahan dari sahabatku ini.
Jgn tau nk sedap & senang jer atas tangisan/ penat lelah org lain..
okey >:(       - Fendy Muhammad- ( Dengan jumlah 106 LIKE )

Sekarang "lelaki-lelaki pemalas"*Jangan dipandang dari segi nama. Disebalik nama ada ceritanya. Aku dan mereka yang bertungkus-lumus menyiapkan tugasan kumpulan tersebut dengan kudrat yang diberikan oleh Allah SWT. Alhamdulillah, syukur kupanjatkan kebahagian kerana dengan limpah kurnia-Nya dapatlah aku menyiapkan dengan masa yang telah ditetapkan. Namun ketidakpuasanhati tetap ada. Dek kerana perempuan pemalas itu*Eh terkantoi pulak. Perempuan sebenarnya. Hahaha. Jahat sungguh perempuan bermuka tembok tersebut. Bagaikan pacat menghisap darah dan akhirnya jatuh ketanah pabila sudah berjaya dengan gigihnya. Menumpang kesenangan dan kebahagian orang tanpa memikirkan penat lelah orang sekeliling. 


Minggu terakhir bersemuka mereka meninggalkan tanpa khabar berita. Ces, cilaka kau perempuan, memang dasar curi tulang. Kau ibarat merosakkan anak cucu bangsa dan negara. Tahukan kamu dengan tingkahlaku itu mampu mengjahanamkan pemarkahan tugasan kumpulan tersebut. Pabila sedikit hasil dituai mulalah engkau mengadu-doma. Tidakkan engkau terfikir kenapa hasil yang diperoleh tidak seperti anak-anak baba dan nyonya di taman. TIDAKKAH KAU TERFIKIR AKAN ITU? *Engkau memang perosak bangsa dan negara. Nyah dari kumpulan aku. Telahku singkir kamu jauh ke neraka jahanam. semoga kau bahagia di sana. *Mereka tewas dari godaan syaitan bernafsukan binatang tanpa memikirkan penat lelah manusia yang inginkan kejayaan bersama


Alhamdulillah, dengan ini beta mengistiharkan diri beta bebas daripada menjadi hamba abdi kaum-kaum yang bisa memanipulasi kelemahan setiap manusia di muka bumi ini. Sepandai-pandai tupai melompat, pandai lagi aku berenang di swimming pool pusat sukan universiti utara malaysia. Oh yeee .... So good ;)


 Tidakkah mereka tahu, aku cukup menderita semenjak menjadi hamba abdi.
Tidakkah mereka tahu, aku cukup terseksa menjaga nama kumpulan itu.
Tidakkah mereka tahu, aku cukup merana kerana tugasan itu.
Tidakkah mereka tahu, tugasan itu cukup berharga buat diriku ini.

-Kerana dirimu bergitu berharga-

Mereka hanya bisa meminta kemaafan dariku, namun mereka tidak mengerti erti kemaafan sebenarnya. Setiap detik yang kuluahkan pasti ada jalan ceritanya. Semoga berjaya buat kalian semua yang mengambil ujian / peperiksaaan akhir tahun. 

Sudahku bilang dari tadi jangan membaca entri tahyulku ini. Inilah akibatnya, rasakan pembalasan dari hatiku ini.

Keikhlasan itu penting kerana ia mampu mencairkan hati yang beku.
-sanstaro-


0 orang melatah:

SINI BACA LAGI