Pages

Wednesday, May 30, 2012

Sabar Wahai Encik Felo Yangku Sayang.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Entri sedih dan pilu kali ini. Tolong sediakan tisu dua kotak.......





 

 
 En. Mohd Fadzli Suhaimi



UUM ONLINE: NAIB Canselor dan seluruh warga Universiti Utara Malaysia (UUM) mengucapkan takziah kepada Encik Mohd Fadzli bin Suhaimi, Penerbit Rancangan, UNIFILM atas kepulangan ayahanda beliau ke rahmatullah jam 7.30 pagi ini, 30 Mei 2012 (Rabu) bersamaan 9 Rejab 1433H.
 
Jenazah kini berada di alamat No 67, Lorong 2, Taman Peruda, Sungai Petani, Kedah dan akan dikebumikan selepas solat Zohor hari ini.
 
Pertanyaan dan maklumat lanjut sila hubungi Encik Mohd Fadzli bin Suhaimi di talian 012-530 7899 / 019-471 4666.
 
Bersama kita berdoa semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat di sisi Allah SWT dan tergolong bersama roh orang-orang yang beriman dan beramal soleh.
 
Al-Fatihah.


###########################################


Pagi-pagi bukak facebook terbaca dekat wall En. Fadzli merangkap Penolong Pengetua Dewan Penginapan Pelajar Telekom Malaysia ( FELO ), Universiti Utara Malaysia dan selaku Penasihat Exco Kesenian dan Kebudayaan Dpp TM. 

"Al-fatihah utk arwah ayah yg telah pulang ke rahmatullah jam 7.30pg td..now otw to sg. Petani. "

Terkejut berok jugak la aku baca. Tak dapat aku nafikan, mesti sedihkan bila orang yang kita sayang meninggalkan kita buat selama-lamanya. Apa-apa pon salam takziah buat En. Mohd Fadzli daripada saya dan teman-teman di bawah Exco Kesenian dan Kebudayaan Dpp Tm UUm. 


-sanstaro-
(mohd suffiyan satar)



Ingatlah wahai manusia, benda yang hidup di muka bumi ini pasti akan pergi buat selama-lamanya. Tidak kira bila. Yang pasti ia akan tetap pergi tanpa kita ketahui.

0 orang melatah:

SINI BACA LAGI