Pages

Monday, May 21, 2012

Alhamdulillah Semuanya Sudah Selesai

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.



Hari ini aku pergi bilik pensyarah dalam pukul 10.30pagi. Gigih mengetuk pintu biliknya. Tengok-tengok pensyarah tengah melayan kerenah seorang pelajar tahun akhir yang bakal mengharungi dunia pekerjaan. Namun apa yang ku harapkan tidak menjadi. Ingatkan boleh terus masuk tapi pensyarah suruh tunggu 10 minit sebab nak bagi nasihat dekat pelajar tu. Okey fine, saya tunggu 10 minit. 


Eh, pelajar tahun akhir ke?
Macam pelajar yang dah habis priktikal je.
LOL ;p (sukasukihatiakuje)



Selepas 1 jam 30 minit lebih kurang la.....






Pelajar tu keluar dari bilik pensyarah. Dengan perasaan marah aku terus memaki pensyarah tersebut. 


" Oii, kata 10 minit ne dah 1 jam lebih tau aku tunggu kau"

Korang mampu cakap macam ne? Tak mampu kan..


Aku pon tak mampu macam korang. Mampus la aku kalau cakap macam ne dekat pensyarah. Tak pasal-pasal dapat keputusan final exam fail untuk paper ne. Hohoho ;p


Aku tak marah pon. Aku berdiri depan bilik pensyarah dengan gigih menghafal skrip-skrip/ayat-ayat cinta untuk dilemparkan padanya nanti. Padan muka aku jugak pasal apa pergi jumpa pensyarah tak telefon pensyarah dulu. LOL ;p


Yala, akukan pelajar yang gigih dengan program-program universiti. Mana nak sempat mintak no telefon pensyarah. So sekarang kita salahkan universiti sebab apa diaorang adakan banyak aktiviti. Tak mau kalah tau.. Ayat nak menang saja..  Wekkkk ;p

Perasaan takut menghantui diriku seketika. "Apa la bro jumpa pensyarah untuk ujian 'job interview' je pon. Hanya perlu cakap dan cakap. That all, mudah dan senang kan. Huhuhu .............


Okey sebelum ne untuk "Paper Business & Profesional Communication" aku dengan member-member yang lain sudah habis dengan ujian pertama.

Executive meeting diberi nama. Halo-halo-halo. Gigih jugak la aku mencari Baju Kod untuk dipakai time tu. Ingat senang ke nak mencari baju kot. Selamat la Allah SWT memudahkan perjalanan hidup aku ne. By the way, Thanx to Mimi, Maria and the geng kerana sudi mencari baju kod dekat "Bukit Kayu Hitam". Semenjak masuk UUM sekali pon tak pernah menjejaki kaki dekat tempat tu. Cik Kak oi, sempadan Thailand tau. Seram nak pergi.. Tak pasal-pasal mati kena tembak je. LOL ;p

Akulah yang paling comel dalam group ne..
Kamu semua ada? Takdekan...
LOL ;p

p/s : Sorry sangat-sangat CEO company dah kena pecat.
Jadik tukang ambik gambar je.. Hahaha ;)



Back to the topic perbincangan kita. Dengan perasaan takut masuk bilik pensyarah tetiba pensyarah boleh pulak mengajak aku bersembang.

"Eh, siapa group member kamu yang tak join job interview lagi sambil mengeluarkan slip kehadiran yang perlu aku tandatangan". Dengan hati-hati aku mengambil slip kehadiran dan terus tandatangan tanpa melihat mukanya aku terus menjawap... Si Polan bin Si Polan, Mak Cik Jemah Binti Mat dan lain-lain.

Setelah aku menghulurkan surat permohonan kerja, biodata disamping surat pengiklanan yang telah aku print sebanyak RM1 di bilik classsmate aku terus pensyarah tanya soalan mengenai 'job interview' tersebut.


Mengigil wei, dah macam nak terkencing dalam seluar pulak tambah-tambah aku ne darah gemuruh ( konon-kononlah ) LOL ;p

Soalan untuk job interview kita hari ini.


  1. Ceritakan serba sedikit mengenai latar belakang hidup kamu?
  2. Kenapa kamu berminat dengan jawatan tersebut?
  3. Ceritakan serba sedikit mengenai latar belakang syarikat yang kamu ingin berkerja itu?
  4. Kamu pernah bekerja sebelum ne?
  5. Oh, kamu pernah berkerja. Bahagian mana dan apa tugas kamu ketika kamu berkerja tersebut?
  6. Apa yang kamu lakukan ketika kamu ada masa lapang?
p/s : Soalan ditanya dalam Bahasa Ingggeris bukan dalam Bahasa Melayu. Aku je yang gigih menulis dalam Bahasa Melayu. Saya kan orang Malaysia. Jadinya saya suka Bahasa Melayu dan disebabkan Bahasa Melayu dalam UJIAN PENILAIAN SEKOLAH RENDAH (upsr), PENILAIAN MENENGAH RENDAH (pmr), SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (spm) dan SIJIL TINGGI PELAJARAN MALAYSIA (stpm) saya mendapat A maka harus dan moleklah saya menggunakan bahasa ibunda kita. Wah, ayat kemain babom lagi.. LOL ;p



Alhamdulillah, semua soalan mampu dijawap dengan tak berapa kompiden. Time tu saya takut tau. Semua jadinya gagap. (Konon-kononlah).

Soalan yang terakhir paling lawak bagi aku. Aktiviti masa lapang kalau ada? Korang tau aku jawap aku...


I love blogging. Actually, I'm one of the blogger in Malaysia ( budget terkenal la). I have 400 follower.. Like-like gitu.. Lebih kurang macam tu la aku cakap dalam Bahasa Inggeris la. "Eh, perlu ke menction yang follower aku tu 400 lebih" Orang dah beribu-ribu, berjuta-juta follower aku yang 400 tu pon dah terperasan terkenal. Wekkkk ;p

Boleh pulak aku kata kalau nak tengok belog saya sila pergi google pastu taip DUNIA sesawangku. Promte nampak.. LOl ;p




Disebabkan kata minat dalam dunia blog ne. Timbullah bermacam-macam soalan mengenai blog. DAMN... Mati hidup balik la wei. Selamat la boleh coverline sikit time tu. Hahaha ;)




Dalam hati aku "eh, kenapa dengan pensyarah aku ne. Pasal apa dia tanya banyak sangat soalan?" Kawan-kawan aku semalam kena soalan dalam empat soalan je. Oh, ini tak adil. 


Padan muka aku la sebab apa tak datang semalam. Sepatutnya semalam aku di"jobinterview"kan. Disebabkan aku tidur lepas subuh terus tertidur sampai pukul 1 petang. Ini gara-gara nak siapkan report la.. Serius aku geram dengan kumpulan esaimen satu ne. Dasar " LELAKI PEMALAS". Korang jangan salah faham pulak yang aku menction pasal "LELAKI PEMALAS" tu. Harap korang faham la apa yang aku nak sampaikan tu.. Maaf la wei, kalau korang jadi LAKI aku pon aku tak nak.. LOL ;p (dasar perempuan pemalas. coi ;p)




Gara-gara diorang aku terpaksa melalui job interview sorang diri. Takut mak nak. Seram tau.. Hehe :)


Alhamdulillah semuanya sudah selesai. Tapi hari rabu ne ada lagi satu kerja. Oh may guciii...

Oral Presentation for "Business Report Writing". Capek deh kalau gene. Korang-korang doakan aku ye dalam presentation hari rabu ne. Hehe ;)




Kali ini panjang karangan Bahasa Melayu aku ne.
Sekadar meluahkan apa yang terbuku dihati. 
Yeah, cayok-cayok ;)








Jumpa anda di twitter ye. Sila la add and and jangan lupa like aku punya facebook fan page.. Korang suruh la mak, akak, abang, adik, ayah, mak tiri, ayah tiri, daday, mamy, sugar mamy, sugar dady korang like and follow aku punya belong and twitter ye. Hehehe ;)

6 orang melatah:

Nasyha said...

haha, peyan.lama gila xbaca entry hang. waa ada job interview bagai. ni yg mak sereemm nih. dah la sem dpan nak amek sbjek tu huhu..

nohasyida safie said...

hanya ang ja yang mampu buat semua tu Peyan. anyway, good luck for final presentation rabu ni :)
chayok ! chayok !

Peyan Sanstaro said...

@Nasyha

tau xpa... maklumla lappy dah baik..
kalau tak.. xmampu uolzzz nk update entri.. LOL ;p

rlex la wei.. BPCOM je kot.. Btter korang ambik dgn lect aku.. farahanis klu xslh aku...

sempoi gila ngajar.. terbaik sgt2.. Hehehe ;)

Peyan Sanstaro said...

@nohasyida safie

Aku mampu? Hang pon mampu jugak.. Hehhe........


hampa sihat ka wei.. Lama tak dengar cerita.. BZ kan.. Huhhu

BTW, thanx ya... Oral psention.. Ayooooooo..............

nohasyida safie said...

yeahh.. kita mampu melakukannya. hehe
kami sihat Alhamdulillah. hang pun sihat ka ? lama tak dengaq cita.
yup..busy sesangat. :)

u can do it peyan. nothing impossible in this world :)
ewahhhh... hahaa

Peyan Sanstaro said...

@nohasyida safie

yeah... kita bisa melakukannya ;)
yala buzy sasgt..

byak kerja la wei..
nk update entri blog pn susah...
++ lappy rosak dulu.. Huhu XDXD

p/s : Gdluck tok final exam ya ;)

SINI BACA LAGI