Pages

Monday, January 16, 2012

Mimpi Yang Pelik Bin Benar !

Assalamualaikum.


Petang yang suram aku termenung sorang diri. Tersedar dari lamunan. [ Sebenarnya baru bangun tidor ]

Takbir siang bergema. Penat mentelaah buku, almaklum la esok exam pukul 9 pagi. Dari malam sampai ke tengahhari stdy tak henti-henti [ Konon dean list la ]. Tak tidor-tidor. Penyakit INSOMNIA aku telah menyerang lagi. Time exam mesti jadi macam ne. Tak de ubat ke? Siapa boleh tolong sila buat bodo. Hohoho......


Rumate tidor selepas subuh sampailah sekarang ne. Sekarang giliran aku pulak. Konon-konon nak bangun awal untuk stdy la. Ceh, badget je bagus. Takut terlena sampai ke isyak, aku bangun dari meja stdy ambil pen maker then pergi ke meja rumate aku tulis di white bordnya yang cantik dan bersih itu. [ Tak bersih pon, course aku dah conteng buat peringatan sebelum ne ]. Korang nak tau, apa yang aku tulis? 


Aku tulis binatang ne !


Assalamualaikum.

Kalau ang bangun awal tolong kejutkan aku dalam pukul 2.30 atau 3.00 petang sebab aku nak stdy gelagat organisasi [ OB ]. Macam ne kot gelagat best students in the world. MAMPU korang?


p/s : Last-last aku yang terjaga lebih awal berbanding dengan rumate. Hal ini disebabkan oleh? [ sekema sangat ayat. Eh, betol ke aku eja tu? Ah, biarlah bukan ini bukan ujian @ peperiksaan Bahasa Melayu Penulisan pon. Nak kecoh ne, aku dulu Bahasa Melayu Penulisan dapat A. Korang macam mana? Dapat A macam aku tak?] [ TTibe mamat indonesia dok cari rumate. Sory ya mas, rumate pergi cafe sih ]. Hilang idea nak menulis. Panjang sangat la aku rasa. Membebal je lebih. 

Cop sebelum tu, nak kecoh jap. Sebelum aku tidor aku dah SMS adik perempuan aku supaya kejutkan @ call aku dalam pukul 3.00 petang. Macam ne la aku kalau jam loceng dah rosak. Nak bangun je suruh adik tolong kejutkan. Nanti kalau dah ada bini, suruh bini tolong kejutkan. So sweet kan. Wekkk, muntah hijau jap. Berangan je lebih. Ayooo...

Full stop membebel. Dah la kena bebel dengan mak + adik perempuan aku. DAMN !



Tirai cerita dibuka. Eh, bukan dah dibuka lama ke? #pitamjap !


Semasa aku tidor, boleh pulak dapat mimpi yang agak mendebarkan. Dah macam filem aksi aku rasa. Akhir-akhir ne, aku suka sangat dapat mimpi yang bukan-bukan. Pelik je aku rasa. Orang tua cakapkan " MIMPI MAINAN SYAITAN " tapi mimpi aku hari ini agak pelik sikit. Mimpi yang boleh menyebabkan aku mengeletar satu badan. Sebelum ne takde la macam ne even dapat mimpi seram, mimpi hantu-hantu pon. Ceh, aku tak takot sangat bab hantu-hantu ne. Pernah gak dengar cerita pasal benda ne dari seseorang yang ada kena mengena dengan darah keturunan aku sendiri. [ Biarlah rahsia. TTibe je lagu DATO SITI keluar ]


Semalam aku dapat mimpi ne. Jap ye nak print sc jap. Maklum la dah dipost dalam FB. Ha, mampu kau. Aku ada FB ko ada? Mesti takde kan. Wawawa......... Tengok dekat bawah tu !




Kejadahnya mimpi ditinggalkan bus. Dah tu naik bus ke KL pulak.
Buat apa aku nak ke KL. Takde untung pon. DAMN !



Fine tu mimpi semalam. Mimpi hari ini, mimpi yang boleh mengeletarkan 1 badan aku. I don't know why? Kenapa ye? 


Okey dipendekkan cerita, dalam mimpi tu, aku + mak + adik perempuan aku pergi ke rumah saudara ayah aku. Ala, kira sepupu ayah aku la. Fine, ketika itu aku bawa benda-benda mahal datang ke rumah tu such as FON + Ihpone + Ipak and so on la. Dalam 2 ke 3 jam berada dalam rumah tu aku + mak + adik aku pon balik la. [ pelik  di sini, kenapa aku boleh duduk di rumah tu, padahal tuan rumah takde masa tu ]. What so ever. Lama jugak la ktorang duduk dekat rumah tu. Okey la rumah tu sebab tepi rumah tu ada taliair besar. "Lost of tambun" aku rasa. Ceh wah. Fine, full stop merepek. Sebelum ktorang balik. Ada something berlaku dekat rumah tu. Banyak burung + bunyi ketukkan pintu. Pelik aku rasa time tu, pabila ktorang keluar dari rumah tu, aku ternampak sekumpulan burung, dekat paruh burung tu ada batu + kayu. Rupa-rupanya burung ne la yang dok ketuk-ketuk pintu. Time tu gak angin kencang gila. Air dekat taliair tu dah macam laut aku rasa. Macam #ombakrindu kot. [sory ye, aku taksempat nak tengok ombak rindu ]. Ktorang pon pelik je time tu. Macam something yang besar akan berlaku tapi taktau benda apa? 

Mak aku ada berbisik dekat aku " jom balik macam ribut nak melanda je. Fine, ktorang pon balik la. Dah sampai rumah. Baru aku teringat yang barang-barang aku tertinggal dekat rumah sepupu bapak aku tu. Choyy sangat. So, aku pon ajak la adik perempuan aku pergi ke rumah tu. Mahal kot benda tu. Nak beli sekali lagi dah tak mampu. Agak jauh la jalan kaki tapi aku shortcut jalan tu. Senang sikit. Bila dah sampai dekat rumah jiran sepupu ayah aku tu. Aku terdengar bunyi pelik? Bunyi apa ye?

Takot sangat wei. Mengeletar badan aku bila dengar bunyi tu. Bunyi seseorang tengah BERTASBIH KEPADA ALLAH SWT dengan suara yang agak keras. Terfikir jugak time tu, siapa orang tu. Dengar buat kali kedua, aku tersentap macam ada sesuatu yang agak keras memaksa air yang berada di dalam taliair tu untuk keluar dari tempatnya. Dah macam pukulan ombak besar yang akan terpukul di pantai. Habis air dalam taliair tu mencurah-curah dekat aku + adik aku. Pelik tapi benar. Pukulan air tu besar sangat, tapi kenapa aku + adik still boleh berdiri kukuh lagi. Cuma badan je basah habis sebab air tu melimpah + terpukul dekat badan ktorang. [ Macam kena simbah air rasanya ]. Perasaan pelik datang lagi, aku rasa dah macam.......




Dalam fikiran ku : "Tsunami kali kedua bakal terjadi".
Dengan pantas aku pergi ke rumah sepupu bapak aku tu then, lepas ambil barang-barang tu terus aku lari namun air besar tu masih mengejar ktorang berdua. Patut la kau rasa pelik, kenapa kumpulan burung-burung tu berkumpul dekat rumah then kenapa mereka dok ketuk-ketuk pintu, rupa-rupanya diorang disuruh oleh seseorang yang aku taktau siapa untuk memperingati ktorang supaya menyelamatkan diri kerana bencana besar bakal berlaku. Subhanallah, mungkin kuasa Tuhan untuk menunjukkan kuasanya kepada aku. TERSENTAP seketika. 


Aku taktau apa jadi lepas tu sebab aku terus terjaga. Tengok fon dah pukul 4.05 petang. Dah la tak solat zohor lagi. Sebenarnya kalau ikutkan nafsu syaitan memang aku nak tidor balik. Tapi mungkin mimpi tu nak sedarkan aku. Terus je aku ambil kain tuala then pergi ke kamar mandi. TTibe mak cik cleaner dok sebok membasuh kamar mandi tu. Aku tegur + buat hal sendiri... [ Mengeletar kena air, bukan disebabkan air sejuk tapi mimpi aku tadi puncanya aku mengeletar ]. Cepat-cepat mandi dan ambil wuduk. 


Masok bilik fon berbunyi.. Malas nak angkat. Bising betol bunyi fon tu. Ganggu orang betol.
Tengok fon, rupa-rupanya 31 miss call. Hambik kau. DATO @ TAN sri mana la pulak yang dok call aku ne. Sekali lagi fon berbunyi, ceh rupa-rupanya adik perempuan aku yang dok telefon tak henti-henti. Almaklum la sebelum tidor aku dah SMS supaya kejutkan aku sampai aku terjaga.

Angkat fon, dapat taskirah petang. HAMBIK kau, mulut adik aku dah la longkang + suara mak aku dok bising. Apa nak jadi la anak teruna masih tidor. [ i masih teruna uolass ]. SAKIT je telinga aku dengar. 
Boleh pulak adik aku perli, "sekolah je tinggi-tinggi tapi...................... [ faham-faham je la ]
TTibe dapat idea untuk coverline " baru lepas mandi" Hahaha...
Konon-konon mantap la idea tu, last-last dapat lagi hentaman kuat dari mulut puaka. Choyy.. 
#matilakau.. Okey, dah-dah aku nak solat ne. Dan-dan, cari alasan terbaikkan. Letak fon terus "solat zohor + sunat taubat".



Selesai solat bukak buku OB, konon nak stdy. Ceh, rupa-rupanya FB + Twitter kejap = blog sudah !


Wish me luck k.


Nota betis : Aku cerita ne bukan nak tunjuk lagak tapi aku nak bagitau yang mimpi aku tu mungkin ada hikmah disebaliknya. Memang betol "mimpi mainan syaitan" tapi dengan mimpilah seseorang boleh dapat hidayah dari Allah SWT. Siapa tahu itu kuasa Allah SWT kan. Kita sebagai hambanya hanya mampu berdoa + tawakal sahaja. Berdoa semoga diri dilindungi dari bala bencana. Kalau ikut-ikutkan dalam mimpi aku tadi, aku rasa macam ALLAH SWT memperingatkan aku + manusia-manusia diluar sana supaya memperbanyakkan amalan sebelum dipanggil suatu hari kelak. Alhamdulillah, semuanya sudah selesai. Nak diceritakan, inilah satu-satunya mimpi yang paling aku takut. Tak pernah setakut ne. Mendengar seseorang bertasbih kepada Maha Pencipta. "Dalam hati rasa air dalam taliair tadi yang bertasbih Memuji Kebesaran Ilahi. Seriusly, memang terkejut. To my frnd tak kira lelaki @ perempuan silalah tutup auratmu + perbanyakkanlah amalan sebelum kita dipanggil. Lastly, Sekali lagi aku nasihatkan, perbanyakkanlah zikir + selawat kepada Allah SWT dan Nabi Muhammad saw supaya kelak kita diberi pertolongan. Salam sayang dari hamba yang tak seberapa ne buat kalian semuanya. Semoga diri dilindungi. Selamat tinggal... 


Exam datang lagi, wish me luck k.

7 orang melatah:

Anonymous said...

Hmmmmm... Btw aku Pernah mimpi yg lbih kurg yg sama dgn kau.. Mimpi aku pasl bnjir besar yg mlnda sampai bt badan aku mgeletar and dalam mimpi tu plak, org kafir and kufur sblm ni ttunduk mymbah bumi..

p/s : Apa yg dapat di simpulkan, bkmungkinan mimpi ni sbgai guideline kita terhadapnya esa.. Kita manusia ni trkadang lupa akan yg di atas..

life + journey said...

panjang nya cerita ..

anda seorang pencerita yang baik ...

Anonymous said...

best~~cerita yang menarik~~dialog2 yang diucapkan mesti digayakan dengan gaya peyan yang mencuit hati~~~hehehehehe

CIK TOM said...

erkkk panjangnya cerita tapi tetap cik tom baca smpi habis..kuat betul imaginasi sampai termimpi 2x tue...huhu

jomlah join contest eyriqaz tue..trkh ttp 31/1/12....

good luck!

CIK TOM said...

fokus exam dl ye..kl smpt join..kl x xpe..heee

Firdaus® said...

huuu... penat baca cite mimpi ko nih.. btw good luck! =) chayok22...do follow my blog =)

sha my heart said...

uii, menyeramkan pula bila baca zikir tu dari air laut-ombak..


mimpi yang menginsafkan..

tapi nasib baik endingnya tak de sad ending.

Kuat ye adik membebel..tapi tak pe, dapat isteri yg kuat bebel pun dah boleh tahan. haha~

SINI BACA LAGI