Pages

Wednesday, December 7, 2011

Politik Dibenarkan !

Assalamualaikum.


Ingat tak cerita pasal pelajar yang kena buang dari universiti kesan daripada mengikuti aktiviti yang berunsurkan politik-politik bagai. Pelajar tu dari Universiti mana tah. Aku pon dah lupa. Akibat berpolitik pelajar tersebut dihentikan daripada melanjutkan pelajaran.


Berbalik daripada tajuk yang aku nak kasi tau ne. Korang boleh rujuk daripada kenyataan yang aku kopi + pasta daripada email pelajar. [ UUm stdent mail ]







6 DISEMBER 2011/ 10 MUHARAM 1432H
===================================
"UUM : UNIVERSITI PENGURUSAN TERKEMUKA"
           (THE EMINENT MANAGEMENT UNIVERSITY)
Oleh: Siti Nooraeina Omar
Gambar Oleh: Abdul Halim Husain

POLITIK DIBENARKAN, PELAJARAN JANGAN DIABAI

UUM ONLINE: “Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) tidak menghalang pelajar untuk berpolitik tetapi ia diwujudkan bagi membendung aktiviti politik supaya mereka tidak membuang masa dengan sia-sia,” ujar Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Universiti Utara Malaysia (UUM), Datuk Dr Ahmad Faiz Hamid.

Beliau menambah, sekiranya tidak ada AUKU, pelajar dikhuatiri lebih cenderung berpolitik sehingga mengabaikan pelajaran seperti menyertai demonstrasi atau berarak di jalanan.

“Tidak menjadi satu kesalahan kepada mahasiswa untuk berpolitik apabila status sebagai pengundi telah sah tetapi apa yang menjadi kesalahan apabila pelajar lebih aktif berpolitik sehingga tidak hadir kuliah, tidak menyiapkan tugasan dan mengabaikan tanggungjawab yang sepatutnya dipikul.

“Apabila bercakap, menulis atau memberi pandangan dalam hal berkaitan politik, sebagai pelajar, pastikan elemen akhlak dan sahsiah sebagai penuntut Institusi Pengajian Tinggi dijaga,” katanya pada Seminar Akta Universiti Dan Kolej Universiti (AUKU) di Dewan Pusat Islam, 29 November lalu.

Pada seminar yang sama, Dekan Pusat Pengajian Antarabangsa, Dr Mohd Azizudin Mohd Sani turut hadir memberi ceramah bertajuk ‘Mahasiswa, AUKU dan Politik’ di mana beliau menyatakan bersetuju dengan perlaksanaan AUKU tetapi tidak bersetuju sekiranya pelajar terlibat secara langsung dalam mana-mana parti politik yang ada.

“AUKU tidak menyekat kebebasan pelajar untuk berfikir dan melontarkan pendapat, malah akta ini diluluskan untuk menjelaskan hak kebebasan dan garis panduan kepada pelajar dalam berpolitik.

“Sebagai seorang yang terpelajar dan berada di lingkungan ilmuwan, pelajar harus bergerak dan berjuang untuk keamanan dan kebajikan masyarakat, bukan berpolitik untuk kepentingan diri sendiri sehingga mengganggu gugat ketenteraman Universiti dan negara,” ujar beliau.

=============================
DARIPADA:

SEKSYEN MEDIA

UNIT KOMUNIKASI KORPORAT

UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

TEL.: 04-928 3007/3014/3066/4078

FAKS: 04-928 3016

E-MEL: 
ukkuum@uum.edu.my

Nota betis : Berpolitik boleh tapi jangan lupa kepada pelajaran. Semoga anda semua berjaya !

2 orang melatah:

shida'R said...

politik....ktepikn tolak jauh2..xbpe suke ^_^

kalau yg bagus ok blh follow~

peyansanstaro said...

@shida'R

saya jugak !
politik bnyak mnyusahkan orang !
Huhuhu~~

p/s : pemerhati sudah !

SINI BACA LAGI