Pages

Sunday, December 25, 2011

MyKad: JPN mohon maaf kepada Mufti Perlis



Assalamualaikum.


Berita Hari Ini.


Terus Dari Kaca Lappy anda ! Hahaha.


Tengok benda alah ne tadi terpampang di kaca lappyku.
Try klik terus keluar .. Tengok dibawah !






KUALA LUMPUR: Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) memohon maaf kepada Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya, atas kesulitan ketika berurusan di pejabat JPN Kuching, Sarawak, baru-baru ini bagi memohon Mykad anak perempuannya.



Ketua Pengarah JPN, Datuk Jariah Mohd Said, dalam satu kenyataan hari ini, berkata isu itu timbul kerana petugas kaunter berkenaan tidak merujuk pegawai atasan bagi kes yang meragukan.
"JPN sudah mengenal pasti masalah yang berbangkit dan segala usaha memperbaiki kelemahan sudah diambil supaya semua pegawai yang bertugas di bahagian kaunter dapat melaksanakan tugas secara profesional," katanya yang turut mengulangi kenyataan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Tan Sri Mahmood Adam, seperti yang dilaporkan semalam.

Kelmarin, Dr Juanda dilapor mengkritik JPN selepas dimaklumkan anaknya, Sumaiyah Syahidah, tidak layak memohon kad pengenalan kerana dikatakan bukan warganegara Malaysia. 



Jariah berkata, kad pengenalan pemohon sudah siap dan sedia untuk dikutip di pejabat JPN Kuching.

"Sesungguhnya, jabatan ini tidak sesekali bermaksud untuk menafikan hak serta status kewarganegaraan anak beliau sebagai warganegara Malaysia," katanya. - BERNAMA 



SUMBER : Berita Harian Online !

Nota betis : Kerja mesti profesionalkan. Harus !. Nak stdy ne. Exam datang lagi. Jom stdy group ! DOAKAN aku ye. Hehehe....

0 orang melatah:

SINI BACA LAGI