Pages

Saturday, November 5, 2011

PTPTN Cadang Hentikan Pinjaman Perbelanjaan Mulai 2013



 بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ
Salam Aidil Adha Dan Selamat Menjalani Ibadah Korban


TEMERLOH: Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bercadang menghentikan pemberian pinjaman perbelanjaan kepada pelajar institusi pengajian tinggi bagi mengurangkan tanggungangnya yang semakin meningkat, kata pengerusinya Datuk Ismail Mohamed Said.

Katanya Lembaga Pengarah PTPTN pada mesyuaratnya 31 Okt lepas membuat keputusan itu bagi mengurangkan bebanan akibat peminjam yang terlalu ramai. 


Bercakap kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kepada warga emas dan golongan miskin di kawasan Parlimen Kuala Krau di Simpang Peragap, dekat sini, hari ini, Ismail yang juga Anggota Parlimen Kuala Krau, berkata pinjaman pembiayaan yuran pengajian bagaimanapun tetap akan diberikan seperti biasa. 

Ismail berkata sehingga kini seramai 1.87 juta pelajar membuat pinjaman dengan PTPTN membabitkan peruntukan RM41.6 bilion. - BERNAMA

Sumber : myMetro online.

Pendapat aku la kan.

Berita ne aku dengar dekat Tv3 masa berita nightline pukul 12.00pagi tu.. Terkejut berok gak. Adoi~

Betol ke pihak PTPTN nak hentikan pinjaman? Ini mesti gara-gara graduan-graduan yang dah habis belajar la ne.. Dah pinjam tak reti-reti nak bayar ke? 

Korang tau tak kalau kita pinjam tapi tak jelaskan nanti masa kat padang masyar nanti kita akan dipertanggungjawabkan tau. Korang tak takut ke? Dah la dosa bergunung-gunung. Korang nak tambah satu dosa lagi ke? Hadoi~

Jadi yang dah pinjam tu pandai-pandai la pulangkan kembali ye. Kesian la pada adik-adik korang yang memerlukan pinjaman tu. Macam aku ne. Tahun 2013 tak silap, aku tak habis belajar lagi. Nak sambong MASTER la. Nak korek mana duit. Oh, PTPTN jangan la begitu. Huhu~

Nota betis : Kepada peminjam tolong bayar balik ye pinjaman. Kalau tak mampu bayar pon kerja la. Kerja kilang pon boleh kot. Janji hutang PTPTN korang selesai. Jangan pinjam dekat Ah Long sudah. Nanti lain pulak jadinya. Hehe~

Kalau suka boleh la follow dan like fan page saya tu okey.. Terima kasih kerana sudi berkunjung dan membaca... Sayang korang ketat-ketat.. Muahahaha =)



2 orang melatah:

missanonymous said...

haiyoo.. mane boleh gini.. susah la mereka yg nk masuk u pada taon2 akan dtg t..

chris benard said...

hello

Memohon untuk pinjaman cepat dan mudah untuk membayar bil-bil dan untuk memulakan pembiayaan baru projek-projek anda pada kadar faedah yang paling murah sebanyak 3%. Sila hubungi kami hari ini melalui: eagleloanfinance@hotmail.com dengan jumlah pinjaman yang diperlukan sebagai tawaran pinjaman minimum kami adalah 1,000.00 kepada mana-mana pilihan pinjaman amount.I pagi disahkan, berdaftar dan legit lender.You boleh menghubungi saya hari ini jika anda berminat untuk mendapatkan ini pinjaman, hubungi saya untuk maklumat lanjut mengenai proses pinjaman, proses seperti terma-terma dan syarat-syarat pinjaman dan bagaimana pinjaman akan dipindahkan kepada anda. Saya memerlukan jawapan mendesak anda jika anda berminat.

BORANG PERMOHONAN PINJAMAN

(1) Nama Penuh:
(2) Jumlah Diperlukan sebagai Pinjaman:
(3) Nombor Telefon:
(4) Duration:
(5) Negara:
(6) State / Province:
(7) Pendapatan Bulanan:
(8) Status Perkahwinan:
(9) Umur / Jantina:
(10) Pinjaman Tujuan:

NOTA: Semua Jawapan hendaklah dikemukakan kepada: eagleloanfinance@hotmail.com untuk pemprosesan cepat.
Terima Kasih,

Mr chris Huston
C.E.O / eagleloanCompany.

SINI BACA LAGI