Pages

Wednesday, November 9, 2011

Conrad Murray Bersalah Bunuh Michael Jackson

Assalamualaikum.

MURRAY...dituduh memberi ubat pelali berlebihan.

LOS ANGELES: Doktor peribadi Michael Jackson, Conrad Murray, diletakkan dalam pengawasan ketat selepas dia dibawa ke penjara dengan tangan bergari sebaik saja didapati bersalah membunuh Raja Pop itu.

Dengan wajah muram, Murray, 58, kelihatan tidak berkelip matanya ketika juri terdiri daripada tujuh lelaki dan lima wanita sebulat suara mensabitkan kesalahan membunuh tanpa niat ke atasnya.

Keputusan itu diambil selepas mereka berbincang selama sembilan jam. Murray didapati bersalah menyebabkan kematian Michael, 50, dengan memberinya ubat penahan sakit secara berlebihan.


Perbicaraan itu mengambil masa enam minggu.


Di penjara, pihak berkuasa meletakkan Murray sebagai tahanan berpotensi untuk membunuh diri sementara menunggu hakim menjatuhkan hukuman ke atasnya. Melalui tuduhan itu, Murray boleh dipenjara sehingga empat tahun.


Sementara itu, keluarga Michael jelas gembira dengan keputusan berkenaan. Dalam mahkamah, kakak Michael, La Toya, kedengaran berkata “Yes!” selepas juri membacakan keputusan mereka kira-kira jam 9.15 malam (waktu tempatan).


Di luar pula, ratusan peminat bersorak dan melompat kegembiraan apabila Murray disabitkan kesalahan membunuh artis kesayangan mereka.


Hakim Mahkamah Tinggi, Michael Pastor, enggan membenarkan Murray diikat jamin dan mengarahkan tertuduh ditahan sebelum keputusan ditentukan tiga minggu lagi.


Kata Pastor, orang awam wajar dilindungi dan Murray melakukan jenayah yang menyebabkan kematian.


Sejurus selepas itu, Murray dikelilingi tiga anggota keselamatan yang menarik tangannya ke belakang untuk digari.


Peguam bela Murray, Ed Chernoff, dilihat menitiskan air matanya ketika keputusan juri dibaca.


Selain La Toya, turut hadir di mahkamah, bapa Michael, Joe; ibunya, Katherine; serta adik-beradik Raj Pop itu, Randy, Jermaine dan Rebbie.


Anak Michael - Prince, 14; Paris, 13, dan Blanket, 9, - tidak menonton liputan keputusan itu di televisyen supaya Katherine boleh menyampaikannya sendiri kepada mereka. - TS

Sumber : myMetro online.

Pendapat aku la kan.

Eh, betol ke MJ mati disebabkan terlebih ubat? 

Ka semua tu gemik diorang je. 

Tah la. Nak komen banyak-banyak nanti kena saman pulak. Susah-susah. 

Bagi aku sendiri. MJ mati disebabkan ajalnya telah tiba. Alhamdulillah MJ mati dalam Islam. Beruntunglah mereka yang mati dalam Islam kan.

Takmau komen banyak-banyak nanti muka masuk surat khabar pulak. Dah femes jadinya. Oh tidak.


Nota betis : Kalau dah Allah tetapkan begini seseorang itu meninggal maka begini jugalah seseorang itu meninggal. Yang sudah pergi biarkan ia pergi. Kita yang masih hidop ne persiapkan amalan-amalan secukupnya supaya senang di sana nanti.

Kalau suka boleh la follow dan like fan page saya tu okey.. Terima kasih kerana sudi berkunjung dan membaca... Sayang korang ketat-ketat.. Muahahaha =)


1 orang melatah:

shida'R said...

pelik punya la lama baru timbul isu punca kematian MJ..MJ pun dah bersemadi itu pun sbb tanpa niat xsgaja aduhh..xfhm..nk keadilan mcm mana tah,huhu..

SINI BACA LAGI