Pages

Saturday, November 19, 2011

Aku Mengidam !

Assalamualaikum.

Dah serupa macam orang mengandung pula dah. Adoi=_=""


Terima Kasih kepada En.G kerana sudi menyediakan gambar ini.
Aku curi je sebenarnya. Haha~~

Bila aku tengok kawan sekampong post gambar dekat facebook ttibe je aku teringat kampong. Kalau dulu-dulu time kami sekeluarga berkumpul ramai-ramai mesti best. Teringat kenangan lama. Kami ibarat keluarga bahagia. Ceh, bahagia la sangat-sangat. Huhu~

Itu dulu, bahagia sangat-sangat. Tapi sekarang...........


Wei, aku ngidam kot, serius sangat-sangat. teringin nak makan....








Ne ha. Benda yang aku dok idam-idamkan tu. Adoi=_=""












Ikan sepat kering. Sedap woo.. Korang penah cuba makan ikan sepat kering tak?
Kalau tak pernah. Cer korang cuba makan. Mesti best. Aku sarankan ketika korang nak makan ikan sepat kering ne, korang kena makan bersama dengan sambal belacan.
Ikan kering + Sambal belacan = MANTAP !



Korang mesti pelikkan. Kenapa dekat gambar tu tulis "SAPAT KARING"?. Untuk pengetahuan anda semua. Aku ne orang BANJAR. Tak silap aku, banjar ne asalnya dari INDONESIA. Korang try cari dekat indonesia mesti ada daerah yang bernama BANJAR MASIN. Korang cari la. Mesti ada kan. Hehe~

Ya, kampong aku diberi nama "Parit Haji Ali". Majoriti penghuninya orang-orang banjar. Aku taktau la orang-orang kampong aku asalnya orang mana. Yang aku tau, mak aku berketurunan Indonesia tapi dekat Ic berbangsa melayu, mungkin dah dikacok dengan orang melayu kot. Ya la arwah nenek orang melayu + arwah datuk orang indonesia. Campor kedua-duanya nak letak bangsa apa? Takkan malaydon kot. Taksedap la pulak kan. Hoho~

Satu cerita, cucu kepada abang arwah datuk aku datang ke rumah. Eh, nak panggil dya apa ye? Pak cik atau sepupu? "What so ever" Dya ne berbangsa Indonesia tapi dah jadi warga tetap sama dengan anak-anaknya, namun  malangnya isterinya masih warga Indonesia. Cukup bulan, cukup tahun, tamat visa hantar balik dekat Indonesia.  Bongok betol la dya tu. Hampeh je. Macam tak sayang bini. Choyy~

Pak cik atau sepupu aku tu ada cakap yang dekat Indonesia keluarga kami ne asalnya saudagar kaya. "Maksudnya orang-orang kaya la". Yang tak tahan dya cakap "7 keturunan pon harta keluarga kami tak habis makan". Tapi kenapa time aku harta dah habis. Tak mungkin kot. Dya cakap 7 keturunan. Aku ne dah keturunan ke berapa belas dah. Mesti la habis kan. Toke balak pon boleh bankrup macam tu. Haha~~


Cemburu aku tengok anak-anak dya. Masa kecik comel sangat-sangat macam aku. Dah macam anak orang belanda aku tengok. Dulu kecik tapi sekarang dah besar kot. Pernah satu ketika dya bawa satu keluarga datang kerumah makbapak aku. Adoi. Hampir-hampir aku tidak mengenainya. Dulu masa kecik dok salam dengan aku + cium tangan aku lagi. Sekarang ne. Ayoo, nak sentuh dya pon aku takut. Dah jadi anak dara kot. Aku taktau la anak dya nak panggil aku apa? "Kakak atau Om?".. Lantak la tak penting pon. Kan, kan !

Pak cik atau sepupu aku tu pernah bilang, yang anak dya tu pernah diundang @ diajak tinggal dekat istana. Sory ye aku takboleh getau sultan mana yang ajak. Tapi si mak tak bagi si anak tinggal dekat istana. Aku pon taktau sal apa si mak dya tak kasi anak dya tinggal dekat istana. Kalau  aku, hehe.. Of course la nak.. Korang macam mana pulak, nak tak tinggal dekat istana?

Terdelete !

Eh, kenapa aku dok melalut sampai dok cerita sal keturunan-keturunan bagi ne. Adoi=_="

sebenarnya motif aku nak cerita pasal ikan kering tu je. Tula. Lain nak sebut lain pulak yang diceritanya.. Adoi =_="?


Nota betis : Taktau nak cerita pa dah. Exam datang lagi. Doakan aku ye. Korang tau tak dekat mana ada jual ikan kering ne? Area kedah la. Hehe ~~

p/s : Ampun Tuanku jika patik tersilap maklumat. Jangan saman patik yang miskin ini. Ini semua hanya perbualan daripada mak dan abah patih sahaja. Harap diampunkan jika patik dan keluarga patik tersalah maklumat. Semoga Tuanku sekeluarga bahagia sehingga hujung hayat. Ampun Tuanku.

+Entri peribadi. Diharap anda semua tidak menokok tambah cerita yang ada dalam entri ini supaya tidak mengelirukan orang ramai. "copy paste entri kali ini dilarang sama sekali" Mencabuli hak peribadi empunya blogger akan dikenakan tindakkan. Sekian Terima Kasih !

Kalau sudi follow dan klik fan page aku tu ye. Dah alang-alang tu korang klik iklan yang kat atas tu ye. Terima kasih kerana sudi membaca. Sayang korang ketat-ketat. Muahhhhh =))

10 orang melatah:

Afiqah Nabilah said...

eh,,kenapa blog awak ni besar semacam je?

Afiqah Nabilah said...

eh,,kenapa blog awak ni besar semacam je?

peyansanstaro said...

@Afiqah Nabilah

apa yang besar?
tlong bagi tau.. mgkin blh diperbaiki nanti.. kasi tau sini ye?

cunsite said...

org banjar... same la kite.. hahahahhaha

peyansanstaro said...

@cunsite

Eh. ekau orang banjar jugak ke?
=_=""

sha my heart said...

sepat benua, lama tak makan. kat perak utara banyak la.

kalau kat kedah, nak cari ikan kering banyak dan murah, pi kat Tanjung Dawai, SP. Ada satu bangunan yg dikhaskan. Kalau nak beli kat tepi jalan pun boleh, banyak je kedai yang jual =)

Kalau kak sha, tak nak la duk istana (sebab dah dengar pengalaman anak lecturer kak sha). tak best pun jadi kerabat ni, banyak halangan, tak ada kebebasan.

atie zakaria said...

amboi, mengidam sepat kering pulak.. mcm2 lah peyan ni...

peyansanstaro said...

@sha my heart

betol2.. klu dekat perak utara mmg bnyak sepat ne.. lepas musim mnuai pagi.. kompom2 rmai yang pergi mencari dekat parit@sawah pagi...

Sp mak ai jauh la.. Haha~~
Lama tak makan ikan kering ne..
++ dgan smbal belacan.. adoi.. mblass =))

peyansanstaro said...

@atie zakaria

Harus la mengidamkan..
rindu dkat sepat ne.. klu dekat kg msti ada.. ne dekat kmpus ne apa yg ada.. asik2 ayam je.. naik muak tkak den ! Hoho=))

peyansanstaro said...

@peyansanstaro

ad kslpan disitu.. sawah padi.. bukan swah pagi.. hehe=PP

SINI BACA LAGI