Pages

Sunday, July 12, 2009

Skrip Terbaik Punya



TEMPAT DAN LATAR : Di dalam sebuah klinik swasta.
PENTAS DAN SET : Terdiri dari kawasan bilik doktor Podiatrik yang dibantu oleh seorang jururawat


(  Muzik pertama dimainkan : Para pelakon bersiap sedia )
( Muzik kedua dimainkan : Kelihatan doktor menyuntik seorang pesakit yang mengalami                                               kecederaan dibahagian kaki )

AH CONG : Aduh... Manyak sakit ma.. Lu bikin apa doktor wa....

DOKTOR  : La.. Bukan sakit sangat pun. Nanti balik rumah pastikan makan ubat tau uncle.

AH CONG : Baik.. Baik.. Manyak terima kasih ya doktor.
                      (Apabila pesakit satu keluar yang dipimpin oleh isterinya maka kelihatan dua orang pelanggan klinik tersebut untuk mendapatkan rawatan iaitu Lina yang ditemani oleh kakaknya Nora.)

JURURAWAT : Doktor, pesakit yang bernama Lina yang membuat temujanji minggu lepas datang untuk membuat pembedahan sedang menunggu di luar... Boleh mereka masuk kedalam sekarang ?

DOKTOR : Ooooo.. Pembedahan dibahagian kaki tu kan ?? Yaya suruh mereka masuk, Ani         tolong sediakan semua peralatan.

NORA : Selamat petang.

DOKTOR : Ya selamat petang.. Silakan duduk (sambil menumpukan perhatian kepada komputernya) Hai Lina. Apa khabar ? Ah macam mana dengan kaki awak sekarang ?

LINA : Boleh tahan la.. Tapi masih sakit doktor .. Nak jalan pon susah..

DOKTOR : mmm.. Jangan risau nanti lepas pembedahan semuanya akan selesai... Ah hari itu        datang dengan emak.. Yang ini siapa pulak ? Kakak kew ??

NORA : Hah.. Mesti la.. Kakak dia yang cantik ni.. Siapa lagi..Erm..Maaf ye doktor saya mencelah.. Kalau tak salah ini Kumar A/L Maren kan ? Bersekolah di SMK Alang Iskandar. SPM tahun 1998.. Betul kan kan !!

DOKTOR : (Agak terkejut ) Eh.. ya saya..Macam mana awak kenal saya. Siapa awak ne.. Eh dasyat la awak ne boleh ingat nama ayah saya sekali.
           
NORA : Kawan baik mana boleh lupa. Awak je yang lupa kat saya... La..... Tak ingat ke kat saya ne... Ala Nora...Nora kelas 5 Teknikal.. Saya ambil jurusan ekonomi dan awak ambil sains tulen kelas 5 U.. Kan kan !!! Lupe la tu..

DOKTOR : Rasa macam kenal nama tu( Buat-buat kenal ).. Kita sama-sama jadi pengawas sekolah kan (meneka ).. Tol tak... Eh awak banyak berubah ye sekarang.. Nampak semakin cantik dan bergaya.. Eh kerja mana sekarang ??

NORA : Saya biasa je.. Kerani.. Adik saya ne ha... Memang berminat sangat nak jadi doktor yang merawat kecacatan pada kaki atau nama lainnya... Ha.. Ahli Pediatrik ke Podiatrik.. Apa-apa je la....

LINA : Ya lah saya memang sudah lama bercita-cita untuk menjadi doktor dalam bidang ini. Merawat kecacatan pada kaki seseorang. (penegasan pada suara) Saya memang suka membantu masyarakat agar semuanya menikmati kesihatan dengan baik.

DOKTOR : Bagus impian awak ne. Tapi.... Nora sebenarnya bukan Pediatrik... Itu dah maksud kanak-kanak... Sebenarnya Podiatrik yang bermaksud satu bidang dalam perubatan yang mengenal pasti dan merawat kecacatan pada bahagian bawah kaki seseorang... Ha.. Lina... Sekarang belajar ditingkatan berapa ?

LINA : Saya  kini belajar ditingkatan 5, ambil jurusan sains tulen. Saya akan cuba menjadi pelajar cemerlang untuk melayakkan saya menjadi seorang seperti Tuan Doktor. 

NORA : Eh !! Tak apa ke kita berbual lama macam ne.. Kita kalau dapat sembang memang lama, tambahan pula adik saya Lina ne memang berminat dalam bidang ini... Boleh ke Kumar ceritakan serba sedikit tentang kerjaya sebagai ahli podiotrik ne..

DOKTOR : Eh apa salahnya.. Kebetulan di luar tu tiada pelanggan lagi.. Tadi sebelum awak        datang sini.. Haa... Ramailah pelanggan yang terpaksa beratur menunggu giliran untuk mendapatkan rawatan...

NORA : Haaa... Elok sangat la tu...

LINA : Apakah syarat-syarat untuk menjadi ahli podiatrik Tuan Doktor ?

DOKTOR : Semangatnya Lina ne.. Haa.. Kaki pun macam dah tak sakit je.. Nanti saya jawab        soalan Lina ye... Lian mari baring di atas katil ne.. Ani mari bantu saya.. Lina, Doktor nak buat suntikkan dulu ye.....

LINA : Doktor nak suntik tapi saya takut jarum !! ...(Doktor menyuntik ubat kebas dibantu oleh         jururawatnya yang bernama )

DOKTOR : Lina untuk menjadi seorang doktor perlu berani dan yakin.. Ha inilah salah satu        cabaran untuk menjadi doktor. Kita hendaklah memastikan pesakit mendapat rawatan yang sempurna dan yang terbaik. Kecuaian adalah perkara yang  amat ditakuti. Jika berlaku kecuaian, pelanggan boleh mengambil tindakkan kepada pihak perubatan !!.. Masalah yang besar pula datang. Kami sebagai doktor perlu berhati-hati tentang perkara ini !!!

NORA : Jadi doktor ne banyak juga cabarannya ye ?

DOKTOR : Semua pekerjaan ada cabarannya tetapi dalam bidang perubatan seperti saya ni         selain cabaran tadi, ada juga cabaran lain antaranya ketika saya berkhidmat di hospital kerajaan, jika ada kes kecemasan dan kami menerima “on call” haaa... Saya perlu bertugas tanpa mengira waktu...

LINA : Ooooo.. Yang penting pelanggan sihat kan !!!

DOKTOR : Betul... Yang penting kita sihat.. Boleh Lina pergi sekolah bila kaki dah pulih nanti.. Baik sekarang doktor nak memulakan pemedahan. Jangan takut ini hanya pemedahan kecil sahaja...(Doktor membuang darah beku yang terdapat pada kaki Lina )

LINA : Aduhhhhhhh....Kenapa masih sakit walaupon telah disapu ubat kebas ne ?

DOKTOR : Biasa la tu.. Sakit sedikit sahaja.. Okey Lina...Berbalik pada soalan Lina tadi...                       Syarat wajib menjadi seorang ahli podiatrik adalah lulus dengan cemerlang dalam matapelajaran Sains dan Matematik di peringkat SPM. Jika Lina menerusi STPM aliran Sains, Lina boleh terus mengambil ijazah dibidang ini, tetapi jika menerusi SPM, Lina perlu menyambung belajar di peringkat Matrikulasi dahulu dan seterusnya ke peringkat Ijazah doktor perubatan. Tak silap saya banyak Universiti Tempatan yang menawarkan bidang ini seperti USM, UM, UKM, UIA... Kalau luar negara pulak seperti Samuel Merrit University di California, Baray University, Miami Florida, Temple University School Of Podiatrik Medicine di India dan lain-lain.

LINA : Apakah syarat kelulusannya.. Maksud saya gred berapa ??

DOKTOR : Macam doktor dulu mohon menerusi STPM. Seingat doktor syarat untuk        melanjutkan pelajaran fakulti perubatan lulus sekurang-kurangnya gred C dalam mata pelajaran Matematik Tambahan, Kimia dan Biologi diperingkat STPM.

NORA : Gred C ? Senangnya.....!!!!

DOKTOR : Gred C adalah prinsipal tetapi untuk memohon bidang ini banyak saingan. Jadi         takkan la kita mempertaruhkan gred C semata-mata. Jadi kalau benar-benar berminat dalam bidang ini kita perlu la bersungguh-sungguh untuk mendapatkan gred yang lebih baik sekurang-kurangnya B+.....

LINA : Berapa lama tempoh pengajiannya doktor ?

DOKTOR : 5 tahun..

NORA : Lamanya...

DOKTOR : Macam  saya, saya melanjutkan pelajaran di Universiti Kebangsaan Malaysia(UKM) . Selama 2 tahun adalah dibidang perubatan kemudian 2 tahun lagi saya fokuskan dalam bidang pengkhususan yang dipilih.. Jadi saya telah memilih untuk menjadi salah seorang daripada ahli podiatrik ne..

LINA : Lepas habis belajar boleh terus jadi doktor ke ?

DOKTOR : Haaa... Bagus soalan tu Lina.. Sebelum berkhidmat sebagai doktor atau ahli          podiatrik, kita dikehendaki menjalani latihan lanjutan selama setahun dalam bidang podiatrik dan mendaftar dengan Majlis Perubatan Malaysia. Doktor juga hendak memberitahu Lina bahawa Negara Australia merupakan negara yang sangat terkenal dan khas untuk menjalankan latihan dalam bidang Podiatrik ini !!!

LINA : Oooo..Begitu.. Saya memang selalu cemerlang dalam Sains tulen dan Matematik... Mesti seronok dapat belajar di Universiti ye !!!

DOKTOR : Haaaa.. Ada satu lagi syarat untuk menjadi ahli Podiatrik ne iaitu kerjaya ini           memerlukan mereka yang cendrung dalam bidang Sains dan Matematik seperti Lina ne. Selain dari kesihatan yang baik, mereka harus mempunyai kecekapan dan perwatakkan yang menarik...

NORA : ( Tepuk meja ) Kena cantik jugak kew ??
               (Ttiba mengeluarkan cermin dalam beg unntuk melihat muka <--- gaya gedik !!)

DOKTOR : Tak la secantik macam Miss World atau sehensem Shahrul Khan tu... Maksud saya perwatakkan menarik itu adalah dari segi kekemasan diri, pakaian, tutur kata yang menarik, displin yang baik dan yang penting kesihatan dan keberanian dan keyakinan yang tinggi. Kalau tak macam mana nak merawat pesakit.

NORA : Sebelum membuka klinik sendiri Kumar bertugas di mana ?

DOKTOR : Saya pernah berkhidmat di Hospital Kerajaan dan kemudian di klinik kerjaaan          serta swasta. Dulu semasa saya berkhidmat di Hospital Kerajaan saya banyak merawat atlit-atlit yang mengalami kecederaan dibahagian bawah kaki dan juga tapak kaki. 

NORA : Lama lagi ke jahitan lukanya ini Kumar ??

DOKTOR : Okey... Hampir siap.. Okey Lina sudah siap pon ...Macam mana rasa ??

LINA : Rasa sakit dah kurang.. Masa doktor menjahit tadi saya tak berasa sakit sangat. Tambahan pula lali apabila dapat berbual dengan doktor tadi.

DOKTOR : Haaa !!! Itu adalah salah satu teknik mengalih perhatian Lina kepada memikirkan kesakitan.             

NORA : Hebat Kumar ne sekarang !!! Semasa saya nak masuk klinik ne tadi saya terpandang kereta mewah. Tentunya milik Kumar ye tak ? Mesti gaji Kumar tinggi ye..Brpa ye        gaji kamu Kumar ? DOKTOR : Eh.. Kesitu pulak awak ne Nora ... Saya biasa-biasa je.. Tapi boleh lah untuk          keselesaan hidup. Tapi saya cakap bukan untuk membanggakan diri tapi sebagai semangat Lina untuk melanjutkan pelajaran ke bidang ahli podriatrik, Sebenarnya semasa saya berkhidmat dengan pihak kerajaan gaji saya hampir-hampir RM3000 termasuk elaun. Itu adalah gaji pertama perkhidmatan. Jika lama bekerja maka gaji akan meningkat. Tetapi setelah saya berkhidmat         dengan pihak swasta pula saya memperoleh sekitar RM5000 sebulan. Tapi lihat pada pelanggan juga..

LINA : Wah banyaknya... Saya mesti belajar bersungguh-sungguh untuk menjadi salah seorang ahli podiatrik. Seorang doktor yang merawat kecacatan pada kaki seseorang. Saya berminat berkhidmat untuk masyarakat. Bak kata pepatah “Rakyat Sihat Negara Maju”.

NORA : Amboi-amboi semangat betul la adik akak ne... Haa.. Tak sakit la tu.. Okey ta pa la Kumar, Kami nak beransur dahulu... Terima kasih ye kerana sudi dan sanggop berkongsi pengalaman dengan kami..

LINA : Saya pon ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada doktor kerana sudi memberikan tunjuk ajar mengenai kerjaya ini....Kami beransur dulu ye doktor...

DOKTOR : Okey tak de apa la... Lina ingat ye pesanan doktor .. Belajar bersungguh-sungguh dan pastikan dapat menjadi salah seorang ahli podiatrik ye... Selamat Maju Jaya... Maju lah Maju Jaya !!!

NORA : Ya betul tu... Apa orang kata “Rakyat Sihat Negara Maju”... oiii Kumar jangan lupa ye belanja saya makan...hehehehehe (ketawa sopan) Saya pulang dulu ye.. Bye2 jumpa lagi ...

( Muzik ketiga dimainkan : Para pelakon keluar dari pentas )
           

~TAMAT~

0 orang melatah:

SINI BACA LAGI